Monday 17 March 2014

PANDUAN PENGENDALIAN SUSU IBU

POSISI PENYUSUAN SUSU IBU



boleh di gunakan sebagai
1. Cross-cradle hold
2. Cradle hold
3. Football hold
4. Side-lying hold

[rujuk gambar di atas]


bayi kembar begini


TEKNIK PEMERAHAN SUSU


[hand-expressing1.gif]
  1. Memerah dengan tangan pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
  2. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
  3. Sediakan bekas yang bersih dan steril
  4. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih,tenang dan selesa
  5. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri
  6. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan
  7. Melihat gambar bayi boleh menghasilkan refleks
  8. Tuam panas payudara boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
  9. Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
  10. Tekan payudara ke belakang ke arah dada
  11. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
  12. Teruskan memicit sehingga susu keluar
  13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
  14. Tukar ke payudara yang satu lagi
  15. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
  16. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
  17. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara


MEMERAH DENGAN PAM
  1. baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  2. basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
  3. basuh tangan dengan bersih
  4. duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
  5. rangsang atau gentel puting payudara untuk menghasilkan reflect oksitosin(let-down reflex)
  6. posisikan puting payudara ke dalam corong breast shiield
  7. mulakan sesi mengepam (jika pam elektrik mulakan pada kelajuan hisapan paling rendah dan adjust mengikut kesuaian)
  8. pam kedua-dua belah payudara secara bergilir




CARA MENYIMPAN PERAHAN SUSU IBU

  1. simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih atau bertutup.
  2. tuliskan tarikh dan masa perahan serta nama anak.
  3. simpan susu ibu mengikut tempoh seperti yang tertera dalam jadual di bawah.
  4. susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan menggunakan bottle warmer atau merendam ke dalam air suam.
  5. baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula dan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam selepas dipanaskan.




     koleksi peribadi (stok susu semasa berpantang anak ke-2)



     JADUAL LATIHAN MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU





    MEMULAKAN PERAHAN SUSU IBU 2 MINGGU SEBELUM BEKERJA @ SEAWAL YANG MUNGKIN
    (pengalaman saya, saya memulakan perahan susu ibu 2 hari selpas melahirkan anak)

    Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul. Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain dari susu ibu.



    untuk ketahui lebih lanjut mengenai susu ibu, digalakkan mempunyai buku ini sebagai simpanan peribadi..